semasa kecil dahulu anda pernah buat perkara-perkara begini ;
1. Buka kipas meja, cakap depan kipas sebab hendak dengar suara bertukar jadi macam robot .
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah, ada orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali, menyamar menjadi orang lain, beratur ambil air lagi.
5. Lukis burung guna huruf V atau M
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ini --> ♥
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab hendak tengok bila lampu peti ais padam
9. Kalau tidak siap kerja sekolah sengaja tinggalkan buku latihan di rumah dan bagitau cikgu buku tertinggal.
10. Tiap-tiap hari pergi sekolah bawa beg dah macam bawa guni beras sebab semua buku teks ada dalam beg walaupun sesetengah subjek yang takda pada hari tu .
11. Suke beli beg yang ada gamba kartun macam mickey mouse , powerpuff girl , power rangers , dragon ball dan sewaktu dengan nya .
Post a Comment
0 Comments: